Tuesday, July 13, 2010

kenangan

tak kira pahit maupun manis.. kenangan tetap di ingati,bersemadi dalam sejarah minda,terkaku,terkambus dalam didalam benak

namun ada kisah yang baik dan ada yang tidak,tiap sejarah ada ceritanya...yang baik bila diingat pasti mencuit hati mengukir senyuman di bibir ketika ini...apa pula kisah nya dengan pengalaman yang tidak molek di dengar dan dikongsi...

anaK banyak melakukan salah perilaku,menzalimi dan pelbagai lagi kelalaian yang pastinya tak mampu di tanggung..hanya pada yang Esa diminta keringanan.

dulu orang tua tua kata tak dengar,tak ambil port, sekarang baru sedar...

pantasnya masa meninggalkan kita
mudahnya kita tunduk pada nafsu
mudah lupa

seperti orang lain,anaK pun berangan kiranya adalah cara merentas masa,pulang ke masa lampau,pasti anaK pulang dan perbetulkan semua salah silap,tiap keterlanjuran laku,tiap titik hitam yang menyelubungi hati,melemaskan jiwa.

hanya rahmat dan kesantunan Allah menyebabkan anaK masih hidup lantas memberi masa tambahan mencuri ruangan waktu memohon maaf...berubah..taubat.

'dosa ku pada Mu harap di ampun Ya Allah'
'dosa ku pada makhluk Mu minta ditanggung dari ku Ya Rahim'

tak mampu ku pikul ,tak mampu ku galas.

Monday, July 5, 2010

...lurus...


Setelah anaK perhatikan, memang sesuatu yang bukan mudah untuk menjadi seorang yang baik,lurus dan jujur...

Kita mungkin mampu mengaku itu dan ini, berbuktikan pelbagai hujah dan tanda namun,bisiklah pada diri sendiri dan tanya..

'aku betulke?'
'jujur ke aku?'
'ikhlas?'

anaK yakin kita tahu jawapan sebenar,tapi mungkin untuk menyedapkan cerita,ditambah sikit perasa tipuan,nah,siap la ceritera dongeng yang mana hero cerita tu adalah kita sendiri....TIPU.

teringat pula pada sebuah hadist..'kecelakaan mu adalah disebabkan melesetnya iman dan besarnya kerosakan nafsu mu...' aduh...pedih.. namun itulah hakikatnya.

banyak sekali salah anaK
dosa pada Allah
dosa pada makhlukNya.......tak mampu anaK langsaikan

anaK sedar ini bukan ujian,bahkan hanya sekadar BALASAN !

titisan demi titisan air jernih dari kelopak mata tandanya anaK hanya sekadar hamba yang lemah,dhaif,hina,dina...fakir.

nak menuding jari atas kesalahan orang lain memang mudah,membuka aib orang lain memang enak,menyelak lemah orang pun senang...tapi aib kita?lemah kita?salah kita?

bagi anaK yang serba lemah ini, setelah apa yang anaK lalui...anak akui, aib anaK memang banyak.cuma tak kelihatan dek mata orang...terpacul hanya salah pihak yang lain...ampuni lah aKu Ya Allah...ampuni lah Hamba Mu ini.

anaK pohon kemaafan buat semua umat manusia yang telah anaK zalimi..maafkan lah anaK.

Tuesday, June 22, 2010

.:hijrah:.

Alhamdulillah....

Selesai sudah perpindahan ku dari Setapak ke Ampang...Syukur pada Mu yang telah mempermudahkan buat hamba Mu ini segala urusan di dunia ini dengan kelembutan Mu.

Maha santun Mu ya Allah dalam menunjukkan jalan yang benar pada hamba hamba Mu...Ameen.

Agak lama juga kedai tak dibuka dan kini selesai lah segala urusan dan bermula pula adegan perniagaan..pencarian yang di syariatkan sedangkan segala urusan dan hasilnya sebenarnya ditanggung oleh yang Maha Besar.

Sunday, April 11, 2010

Panglima Hebat ke?

Tangkas
Gagah
Licik

antara ciri2 yang perlu ada pada diri seorang pendekar/panglima...ditambah pula semangat yang tinggi serta sifat takut yang jarang muncul dalam minda...demikian lah muncul terbitnya seorang pahlawan.


huh!



dahsyat!
apakah seorang bapa merasakan kehebatan darah pahlawan mereka terzahir dan diperakui pada hasil yang terpapar pada tubuh wajah seorang anak kecil,lemah,tiada kudrat,mentah yang disuruh menjerang air pun tak layak....

apa pula bisik hati si ibu yang yang terkenal dengan sifat kasih dan sayang dan lembut...jenuh mengharung 9BULAN bersama,penat sakit payah...di akhiri dengan episod sebabak penuh tragis,kebencian,kehinaan...

lantas..
bisa menghumban anugerah Ilahi yang bukan semua manusia mampu mengecap nya. Bahkan ramai yang tak mampu mendapatkan zuriat menyatakan malangnya diri mereka , namun malang lagi si anak kecil yang baru mengerut2kan muka tanda sudah terzahirnya mereka ke alam ini, dijadikan santapan mewah tikus tikus dilorong lorong...

Yang pasti , para pelaku kerja penderaan,pembuangan anak ini...bukan kan kuat/hebat bagai pendekar,tetapi lebih kepada pengecut.MAAF atas kasar bahasa.

Memanglah tekanan kehidupan zaman moden,sosio ekonomi dan pelbagai masaalah dibumi yang kita masing2 hadapi mengganggu kelancaran darah ke otak hingga menghilangkan sistem pertimbangan dan kewarasan berfikir......ALASAN!

Isu kezaliman, penderaan pembunuhan bukan perkara baru malah telah wujud sejak zaman para Nabi nabi yang terdahulu lagi.

Punca nya hanya satu...... ISLAM IMAN EHSAN.

Jalan penyelesaian nya.......ISLAM IMAN EHSAN.

Pak Menteri pak penguasa....nak kurang dan benteras gejala ini?? bukan dengan cara menaikkan had umur layak berkahwin seperti yang pernah di war war kan suatu ketika dahulu. Bukan meterialistik semata juga. Namun semai lah daripada benih bijian AKHLAK yang terpapar dalam Al Quran(akhlak Rasulullah).Lantas dahan SYARIAT pasti akan tumbuh kukuh dan mengeluarkan buah buah IMAN yang manis.

Saturday, April 10, 2010

mimpi dalam mimpi

Walau dalam jaga kita masih bermimpi, dalam sedar kita masih terlena...walau dalam hidup kita masih mati, hmmm..bergerak kesana kemari saban hari tapi terlupa sebenarnya kita masih lagi terkurung.

Tak terlihat dimata,tak terpikir dibenak namun itulah hakikatnya.

Banduan didalam penjara diri.

Andai tidak ungkai,selamanya akan berada didalamnya..sendiri..tiada arah, hilang arah....tertipulah kita selamanya...sedang kita kini seronok melayan topeng dunia, rupanya tatkala kebenaran muncul dengan tersingkapnya tabir dihujung mata, saat terkaku di pembaringan, tiada kudrat walau untuk sekadar memohon sedikit masa lagi...sikit masa...untuk apa?

- aku belum bertaubat
- aku belum solat
- aku belum keluar zakat
- belum ke tanah suci...

belum terjaga dari buaian hidup yang penuh dengan keseronokan, di alun ombak dunia menghala keutara selatan...namun melupakan tanggungjawab sebenarnya aku di ciptakan.

Ampuni lah aku sesungguhnya Engkau lah pemberi pengampunan yang sesempurnanya.
Redhai lah aku sebagai mana Engkau meredhai umat dan para soleh yang terdahulu.

Ku pohon hidayah Mu, agar meresap kesegenap liang batang tubuh ku, ku ingin kan Nur Mu mengisi jiwa ku ini...aku ingin merasai, mengetahui cinta Mu. Cinta Kekasih Mu. Ajar lah aku agar bisa aku cuci tubuh kotor ku ini. Agar aku bersih tika tiba masa nya nanti.

Moga aku mampu membuka pintu sangkar yang tak terlihat ini dan terbang bebas...dengan sebenar benar kebebasan

Sunday, April 4, 2010

Hajat


Mungkin saat yang paling tidak disukai,tidak rela, tak mahu..akan tiba.! Bakal menjengahkan wajahnya menerpa sesiapa yang dikehendaki.,

Semua manusia tidak menyukai khabar berita buruk.

Siapalah kita untuk menolak qada' dan qadar.Ketentuan yang nyata dalam rukun Iman. Apa yang boleh dikatakan ialah...'sesungguhnya aku beriman pada qada' dan qadar...'sambil tangan mengusap janggut(ini Sunnah cara Nabi)


Tangan ditadah memohon kekuatan ,bantuan oleh yang Maha besar agar ditetap kan iman...malah dikukuhkan lagi akan Nya.Kuatkan lagi untuk beribadah...agar anak peroleh apa yang di hajati.

Masa mungkin dah nak sampai.Pasir tu pun dah makin sikit...tak lama lagi expired la tu. Maha Adil Mu Ya Allah.

Memang...MAHA ADIL.

Sunday, March 21, 2010

SULIT

Ada orang suka..kengkadang ada yang merungut..leceh lah itulah ini lah..bila tak hujan pun bising jugak..memang pelik la kita ni..tak pernah cukup..semua kita nak..anak tak kata sesiapa, kecuali diri sendiri...!


Memang agak susah nak mengaku diri kita ni teruk,lemah,demanding tetapi itu lah hakikatnya..kalau anak perati diri anak sendiri pun,bila susah tadah tangan mintak doa mintak makbul..bila ok sikit je, hmmm sendiri mau ingat lah.


Yg anak terpesona ialah bila membaca kisah para sahabat Baginda Rasulullah dan kisah para2 auliya',kuat nya azam dan tekad mereka,kuatnya iman mereka..ya Allah...sampai tak ada penggantungan pada makhluk lain lagi dah....melainkan ALLAH.


Cermin diri anak pula..jauh!


Bila la anak nak rasa apa yang dirasai oleh mereka yg terdahulu,para sahabat,para solehin,para abid yg mana bila di sebut nama Allah aja ; terus pucat ketakutan(taqwa).

Kita pulak lain,berani main sumpah nama Allah utk benda2 yang salah..jauh sungguh. Kalu buat baik pulak ,sekejap je,pastu hmmm ke laut. Itulah hasilnya bila terlalu lama di didik oleh nafsu...dari mula kenal dunia hingga kini..semuanya atas nasihat nafsu.!perintah nafsu!


memang boleh solat,zakat,puasa tapi...akan tetap di bawah jagaan nafsu! lipat je sejadah, hilang ingatan pada Allah. Bukak kupiah je, mata meliar tengok yang bukan2..


Wahai Tuhan yang Maha Halus ciptaannya

Wahai Tuhan yang sentiasa melepaskan daripada kesulitan

Wahai Tuhan yang Maha Menolong mereka yang minta tolong

Wahai Tuhan yang hukumnya pasti akan terjadi bila Dia menghukum.

Lepaskanlah kami daripada kesulitan ini.

Sesungguhnya kesulitan ini telah berat ke atas kami

Dan mustajabkanlah doa kami dengan kemurahan hati Mu

Wahai Tuhan yang Maha Bermurah hati Engkau lah Tuhan kepada mereka yang bermurah hati,

kami bermohon kepada Mu kelembutanMu dengan segera

Wahai Tuhan yang Maha Penyantun Engkaulah Tuhan kepada mereka yang bersopan santun,